COVID-19

Pada 11 Februari 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mengumumkan nama rasmi untuk penyakit yang menyebabkan wabak koronavirus 2019 yang buat pertama kali dikenal pasti di Wuhan China. Nama baru penyakit ini ialah penyakit koronavirus 2019, disingkatkan menjadi COVID-19. Dalam COVID-19, ‘CO’ bermaksud ‘korona,’ ‘VI’ untuk ‘virus,’ dan ‘D’ untuk adalah untuk penyakit ini. Terdahulu, penyakit ini dirujuk sebagai “2019 novel coronavirus” atau “2019-nCoV”.
COVID-19 adalah penyakit baru, yang disebabkan oleh coronavirus novel (atau baru) yang belum pernah dilihat pada manusia.
Berikut adalah beberapa langkah untuk melindungi diri anda dan orang lain daripada Coronavirus (COVID-19):
1) Basuh tangan anda dengan kerap
2) Pakai topeng muka
3) Hindari bersentuhan dengan orang yang sakit
4) Tutup mulut anda apabila anda batuk atau bersin
Kekal Selamat, Kekal Sihat!!!

#UNIKOP #UNIKOPMY #COVID19 #CORONAVIRUS #StaySafeStayHealthy

Leave a comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *