fbpx

LATIHAN INDUSTRI PELAJAR UNIKOP

Setelah hampir 2 tahun berada dalam kampus mengikuti pengajian, membuat tugasan dan menimba ilmu secara teoritikal kini tiba masanya untuk pelajar Unikop mempraktikkan apa yg dipelajari dalam bilik kuliah ke lapangan kerja. Amat bangga melihat pelajar Unikop menjalani latihan industri di IPD dan IPK seluruh negara. Di sini, pelajar akan didedahkan dengan senario sebenar kepolisan dan penyiasatan oleh pegawai dan anggota PDRM. Menjalani latihan internship dalam pandemik COVID 19 dan PKPP, pelajar Unikop tetap bersemangat meneruskan internship dan mematuhi sop dengan memakai topeng muka dan berpakaian formal ketika menjalani latihan industri di IPD dan IPK yang telah ditetapkan. Latihan industri berjalan dengan lancar dan baik dan dari maklum balas yang diperolehi, kehadiran pelajar Unikop amat disenangi dan dialu-akukan.
Semoga maju jaya Unikopians demi kecemerlangan diri dan negara.

Unikop #Unikopians #InternshipIPDIPK

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *