YDPA BERKENAN MENGANUGERAHKAN DARJAH KEBESARAN PERSEKUTUAN

Kuala Lumpur, 9 September 2019 – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri kepada Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.

Manakala Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, CP Dato’ Sri Rosli Ab Rahman serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KOP Mantap Berhad pula menerima Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk.

Darjah Kebesaran Johan Mangku Negara (J.M.N.) kepada Komandan Maktab Polis Diraja Malaysia,Ydh. DCP Dato’ Yong Lei Choo.

Juga turut menerima Darjah Kebesaran Johan Mangku Negara (J.M.N.) kepada Komandan Maktab Polis Diraja Malaysia,Ydh. DCP Dato’ Yong Lei Choo.

Anugerah berkenaan juga diberi pada Ketua Urusetia
Jabatan Pengurusan Ketua Polis Negara, Ydh. DCP Dato’ Ramli bin Mohamed Yoosuf serta Setiausaha Polis Malaysia, Ydh. DCP Datuk Mazli bin Mazlan.

Istiadat penganugerahan tersebut berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara, Jalan Duta.

Sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong tahun ini, seramai 795 orang menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *