fbpx

Atas kelulusan dari pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Jabatan Hal Ehwal Pelajar Kolej Unikop dengan kerjasama Balai Polis Cyberjaya dan MAS telah menjalankan operasi penghantaran pulang pelajar Sabah dan Sarawak ke kampung masing-masing.

Pada 12/5/2020 yang lalu, seawal 4.00 pagi, proses mengambil dan menghantar pelajar ke KLIA telah dijalankan yang melibatkan 11 orang pelajar bagi penerbangan ke BINTULU. Terpancar keceriaan dan keseronokkan pelajar dapat pulang ke kampung halaman berjumpa dengan kaum keluarga. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pihak #KPT dan #MAS dan setiap individu yang terlibat dalam merealisasikan impian pelajar ini. Amalkan Norma Baharu. Kuarantinkan diri di rumah dan #kitajagakita #safeflight

Leave a comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *