TRIP PENGHANTARAN TERAKHIR PELAJAR KE SABAH
Pada 30 Mei sekitar jam 1.00 Pagi seramai 62 pelajar Sabah dari KOLEJ UNIKOP telah bergerak menaiki 3 buah bas diiringi oleh 3 orang pegawai pengiring dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) ke Departure Center, UKM sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menaiki kapal terbang ke destinasi, Kota Kinabalu. Pelajar-pelajar yang dibenarkan pulang ini adalah kesemua pelajar yang telah lulus dalam swab test yang telah dilakukan di Pusat Kesihatan KKM.
Penghantaran pulang pelajar ke sabah menggunakan pesawat MAS. Para pelajar berlepas dari KLIA ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 8.00 pagi.Jutaan terima kasih dari KOLEJ UNIKOP kepada kesemua semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menguruskan Program Penghantaran Pulang Pelajar IPT terutamanya kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi dan Kerajaan Malaysia.
Selamat kembali ke pangkuan keluarga tersayang kepada semua pelajar. Sentiasa patuhi arahan dari KKM dan pihak polis untuk kuarantinkan diri selama 14 hari sebaik sahaja anda pulang ke destinasi.
KPT#MAS#HEPUNIKOP#unikopfightcovid19