PENGURUSAN AKADEMIK

LATAR BELAKANG

Bahagian Akademik Kolej Unikop telah diwujudkan secara rasmi pada Jun 1998 apabila Kolej Unikop mula menawarkan program-program peringkat diploma dan sijil yang dijalankan secara usahasama dengan Universiti Teknologi MARA dan University of Wales, United Kingdom.

Ia bertanggungjawab untuk mengurus, mentadbir dan memantau perjalanan kuliah, penilaian dan peperiksaan, proses pengajaran dan pembelajaran, penilaian prestasi pensyarah serta sentiasa memastikan kemudahan infrastruktur mencukupi dan lengkap supaya dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan efektif.

Semua pensyarah Kolej Unikop mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dari instititusi pengajian tinggi awam yang diiktiraf oleh kerajaan dan mempunyai permit mengajar dari Jabatan Pendidikan Tinggi. Pensyarah-pensyarah ini ditempatkan di jabatan-jabatan akademik berdasarkan bidang masing-masing.

VISI

Menjadi teras kepada struktur akademik bagi melahirkan generasi yang berilmu lagi berdaya saing melalui sistem pendidikan yang dinamik, cemerlang dan berkualiti.

MISI

Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran yang kritis serta inovatif dalam mempratikkan pembangunan insaniah di samping melahirkan graduan yang kompetitif dalam persekitaran pembelajaran yang kreatif, kondusif dan transformatif.

KETUA AKADEMIK

Bahagian Akademik diketuai oleh seorang Ketua Akademik. Pengurusan serta pentadbiran bahagian ini disokong oleh beberapa unit dan jabatan iaitu:

rozianaROZIANA BT ABDUL LATIFF
(KETUA AKADEMIK/KETUA PROGRAM USAHASAMA UiTM)

MBA, UiTM
BBA (Hons) Insurance, UiTM
Dip In Executive Secretaryship, UiTM

UNIT PENGURUSAN SUMBER AKADEMIK

Unit Pengurusan Sumber Akademik (UPSA) bertanggungjawab menyediakan jadual waktu kuliah bagi semua program untuk pelajar dan pensyarah dan mengawal penggunaan bilik dan dewan kuliah serta makmal, memantau dan memastikan keperluan pensyarah serta keperluan pengajaran & pembelajaran mencukupi dan kondusif. Di samping itu, unit ini juga menguruskan proses penilaian terhadap pensyarah, penilaian prestasi tahunan dan program-program latihan dan pembangunan staf di bahagian akademik.

habibahHABIBAH BT ABDUL AZIZ
(KETUA UNIT PENGURUSAN SUMBER AKADEMIK)

B Econ (Hons), UM

UNIT PEPERIKSAAN

Unit Peperiksaan Kolej Unikop bertanggungjawab untuk mengawal, menyelia segala proses dan urusan yang berkaitan dengan peperiksaan akhir, menyimpan semua keperluan dan dokumen berkaitan peperiksaan serta menjaga dan memastikan keselamatan bilik kebal. Selain dari itu, ia juga berfungsi sebagai bilik gerakan peperiksaan pada musim peperiksaan.

JABATAN MATEMATIK, TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN SAINS

Jabatan ini mengendalikan dan menguruskan kursus-kursus dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, sains, matematik dan statistik dari program-program usahasama dengan universiti tempatan. Jabatan ini juga berpengalaman mengendalikan beberapa siri kursus jangka pendek dalam bidang teknologi maklumat untuk anggota-anggota Polis Diraja Malaysia. Ketua jabatan ini juga bertanggungjawab sebagai Ketua Program Sains, Sains Komputer, Sains Matematik dan Pra Diploma Sains.

siti-adawiyahSITI ADAWIAH BT MOHAMAD
(KETUA PROGRAM AS120/PD008/CS110/CS143)

Master of Applied Statistics, UPM

JABATAN PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN

Jabatan Pengurusan dan Perniagaan bertanggungjawab untuk mengendalikan kursus- kursus yang berkaitan dengan bidang pengurusan, perniagaan, kewangan dan ekonomi untuk program-program akademik yang dijalankan di Kolej Unikop. Ketua Jabatan ini juga bertanggungjawab menguruskan hal ehwal pengendalian program Diploma Pengajian Perniagaan dan Pra Diploma Perdagangan.

haslili-watiHASLILI WATI BT RAZAK
(KETUA PROGRAM BM111/PD003)

MBA (General), UUM
BBA (Hons) Marketing, UiTM
Dip in Business Studies, UiTM

JABATAN PENGURUSAN DAN TEKNOLOGI PEJABAT

Diketuai oleh seorang ketua jabatan merangkap Ketua Program Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat, jabatan ini diwujudkan untuk menguruskan Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat dan jabatan ini mempunyai bilangan pelajar yang paling ramai.

shazlin-suhaibaShazlin Suhaiba bt Samaan
(KETUA PROGRAM BM118)

B Office System Mgmt (Hons), UiTM
Dip in Office Mgmt & Tech, UiTM

JABATAN SAINS SOSIAL

Jabatan ini diketuai oleh seorang Koordinator Kursus yang menempatkan pensyarah yang mengajar bidang bahasa, agama dan ko-kurikulum. Program Penasihat Akademikjuga telah kendalikan oleh pensyarah dari jabatan ini yang mana bertujuan untuk memberi bimbingan dan khidmat nasihat berkaitan akademik kepada pelajar. Terdapat seorang pensyarah dari jabatan ini yang telah dilantik sebagai Penyelaras Ko-kurikulum dan Program Penasihat Akademik.

nik-nadiah-amalinaWan Nur Nadiah bt Wan Ahmad Ridzuan

(KOORDINATOR BAHASA /CTU)

BHSc (Hons) English Language & Lit, IIUM

JABATAN PERAKAUNAN

Jabatan Perakaunan bertanggungjawab untuk menguruskan dan mengendalikan kursus- kursus berkaitan perakaunan, percukaian, pengauditan dan undang-undang. Ketua jabatan ini juga merupakan Ketua Program Diploma Perakaunan.