Soalan Lazim Pelajar

 

Soalan 1
Mengapa syarat kemasukan ke program Diploma di Kolej Unikop memerlukan 5 kredit berbanding dengan kebanyakan IPTS lain yang hanya 3 kredit sahaja?
Jawapan: Program Diploma yang ditawarkan di Kolej Unikop adalah Program Usahasama Universiti Teknologi MARA (UiTM). Syarat kemasukan ke program UiTM adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan IPTA atau IPTS lain. lni bagi menjamin kualili akademiknya.

 

Soalan 2
Apa perlunya dan kelebihan program yang telah mendapat Perakuan Akreditasi dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)?
Jawapan: Perakuan Akreditasi adalah perlu bagi menjamin perkara berikut:
  • Program yang telah mendapat Perakuan Akreditasi adalah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) – Kerajaan
  • Hanya program yang mendapat Perakuan Akreditasi sahaja akan mendapat Bantuan Pinjaman Pelajaran dari MARA / PTPTN melayakkan graduan bekerja di sektor awam dan swasta.
  • Untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah di IPTA – bukan IPTS
Soalan 3
Adakah Program Usahasama lPTA yang ditawarkan di IPTS juga perlu mendapat Perakuan Akreditasi?
Jawapan: Ya, untuk menjamin kualiti akademiknya setaraf dengan IPTA.

 

Soalan 4
Bagaimanakah pelajar boleh memastikan sesuatu program yang ditawarkan di IPTS itu merupakan Program Usahasama dengan IPTA (contoh: UiTM) dan telah mendapat Perakuan Akreditasi dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)?
Jawapan: Pelajar boleh dan digalakkan membuat semakan dengan berhubung terus melalui telefon kepada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di talian 03-7968 7002 atau 03-7968 7958 atau melawat laman web: www.mqa.gov.my

Soalan 5
Adakah semua Iepasan Diploma dari IPTS boleh menyambung pengajian mereka di peringkat ijazah di IPTA (Universiti awam tempatan, contoh: UiTM)?
Jawapan: Tidak. Hanya Diploma yang telah mendapat Perakuan Akreditasi sahaja yang akan diperlimbangkan. Universiti Teknologi MARA (UiTM) memberi keutamaan kepada pelajar-pelajar Iepasan Diploma dari UiTM dan Kolej Bersekutunya (Contoh: Kolej Unikop) untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah di UiTM.

Soalan 6
Sudah adakah lepasan Diploma Kolej Unikop yang telah menyambung dan menamatkan pengajian mereka di peringkat ijazah di Universiti Teknologi MARA (UiTM)?
Jawapan: Ya. Sudah ramai lepasan Diploma Kolej Unikop yang telah menyambung dan menamatkan pengajian mereka di peringkat ijazah di Universiti Teknologi MARA (UiTM). lni disebabkan pelajar yang menamatkan Program Usahasama UiTM di Kolej Unikop adalah di kira sebagai graduan UiTM. Mereka menerima Diploma yang dianugerahkan oleh UiTM pada Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi MARA di Shah Alam, Selangor.

 

Soalan 7
Adakah program-program yang ditawarkan di Kolej Unikop telah mendapat Perakuan Akreditasi dari Agensi Kelayakan Malaysia MQA)?
Jawapan: Ya. Semua program yang ditawarkan di Kolej Unikop telah mendapat Perakuan Akreditasi dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) – kerajaan.

 

Soalan 8

Mengapakah Kolej Unikop memilih Program Usahasama Universiti Teknologi MARA (UiTM)?
Jawapan: Program Universiti Teknologi MARA (UiTM) banyak kelebihannya. Yang paling utama mengapa Kolej Unikop memilih Program Universiti Teknologi MARA adalah kerana UiTM merupakan sebuah universiti awam (milik kerajaan) bertaraf dunia dan universiti tersebut diiktiraf bukan sahaja di Malaysia, malah hampir di seluruh dunia!