Sejarah

 

IMG_4664-min

Program Usahasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Kolej Unikop bermula pada tahun 1998 sewaktu ia dikenali sebagai institut Teknologi MARA (ITM) lagi. Oleh kerana tempat pengajian yang amat terhad, Universiti teknologi MARA (UiTM)telah memberi kebenaran kepada Kolej-Kolej Bersekutunya (Kolej Unikop) untukmenawarkan program-program peringkat Pra-Diploma, Sijil dan Diploma dari Universiti tersebut.

Program Usahamasa Universiti Teknologi MARA yang ditawarkan di Kolej Unikop ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang layak tetapi tidak mendapat tempat di Universiti tersebut.

Dengan adanya program usahasama ini di Kolej Unikop, pelajar yang layak masih boleh mendapatkan Diploma dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan seterusnya menyambung pengajian mereka di peringkat ijazah di Universiti Teknologi MARA (UiTM) sekiranya mereka memenuhi syarat yang ditetapkan. Bidang-bidang yang ditawarkan termasuklah sains dan teknologi, sains komputer teknologi maklumat, sains kuantitatif, perakaunan, pengajian perniagaan dan pengurusan dan teknologi pejabat.

Pelajar-pelajar yang mengikuti salah satu program usahasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Kolej Unikop adalah pelajar yang berdaftar dengan universiti tersebut dan akan tertakluk kepada peraturan-peraturan akademik yang digunakan di semua kampus Universiti Teknologi MARA di seluruh Malaysia. Pelajar-pelajar yang berjaya menamatkan progran juga akan menerima Diploma pada Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang diadakan di Universiti Teknologi MARA di Shah Alam.

Dari segi pencapaian akademik, Kolej Unikop sentiasa menunjukkan prestasi yang cemerlang dan menduduki antara tempat yang terbaik dikalangan Kolej-kolej Bersekutu Universiti Teknologi MARA (UiTM). Bilangan pelajar yang mendapat “Anugerah Dekan” sentiasa bertambah pada setiap semester. Pelajar yang berjaya menamatkan program Diploma dan memenuhi syarat yang ditetapkan juga boleh menyambung pengajian mereka di peringkat ijazah Sarjana Muda di Univerisit awam tempatan terutamanya di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan universiti luar negara.

Sehingga kini, ramai pelajar-pelajar yang mengikuti Program Usahasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Kolej Unikop telah berjaya menyambung dan menamatkan pengajian mereka di peringkat ijazah di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Sebilangan besar daripada mereka juga telah bekerja di sektor awam dan swasta.