PD 008 PRA DIPLOMA SAINS

SYARAT KEMASUKAN
Lulus SPM/SPMV atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat sekurang - kurangnya TIGA (3) Kepujian termasuk :
i.    Kepujian Bahasa Melayu / Malaysia
ii.   Kepujian Matematik / Matematik Tambahan
iii.  Serta Lulus salah satu (1) daripada matapelajaran berikut :
      Fizik / Kimia / Biologi / Sains Tambahan
iv.  Lulus Bahasa Inggeris Dan Lulus Sejarah.
TEMPOH PENGAJIAN
6 Bulan (1 Semester) ATAU 1 Tahun (2 Semester)

SYARAT KE PROGRAM DIPLOMA UiTM
Pelajar yang mencapai keputusan (CGPA) yang cemerlang diakhir semester (1) satu akan terus ditawarkan ke program diploma tanpa perlu ke semester (2) dua.

Syarat keputusan SEMESTER 1 untuk tawaran ke program diploma adalah seperti dibawah:
i. Pelajar ditawarkan ke program Diploma di kampus UiTM (CGPA sekurang-kurangnya 3.50 DAN Lulus Semua Kursus)
ii. Pelajar ditawarkan ke program Diploma di Kolej UNIKOP (CGPA sekurang-kurangnya 2.75 DAN Lulus Semua Kursus)

Sekiranya pelajar tidak mendapat CGPA 2.75 ATAU Gagal salah satu kursus:
i. Pelajar ditawarkan ke Semester 2 (CGPA sekurang-kurangnya 2.00)

Syarat keputusan SEMESTER 2 untuk tawaran ke program diploma:
i. Pelajar ditawarkan ke program Diploma di kampus UiTM (CGPA sekurang-kurangnya 3.50 DAN Lulus Semua Kursus)
ii. Pelajar ditawarkan ke program Diploma di Kolej UNIKOP (CGPA sekurang-kurangnya 2.00 DAN Lulus Semua Kursus)

SINOPSIS
Program Pra Diploma Sains ini diwujudkan khas bagi membantu para pelajar aliran sains yang tidak menepati syarat kelayakan ke program peringkat Diploma.
Pelajar yang mengikuti program ini boleh memilih untuk mengikuti samada aliran Fizikal atau Biologikal. Aliran yang dipilih akan menentukan program diploma yang boleh dipohon selepas menamatkan program pra diploma.

SENARAI KURSUS (SUBJEK) MENGIKUT SEMESTER

SEMESTER 1
-Physics I
-Chemistry I
-Mathematics I(Basic)
-Introduction to Human Development
-English for Pre Diploma I
-Biology I (Aliran Biologikal)/ Mathematics II(Basic) (Aliran Fizikal)

SEMESTER 2
-Physics II
-Chemistry II
-Mathematics I(Advanced)
-English for Pre Diploma II
-Biology II (Aliran Biologikal)/ Mathematics II(Advanced) (Aliran Fizikal)

PELUANG LANJUTAN PENGAJIAN DIPLOMA 
Lulusan Pra Diploma Sains (PD 008) berpeluang menyambung pengajian program Diploma UiTM yang ditawarkan di Kolej Unikop iaitu Diploma Sains (AS 120). Pelajar yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang (CGPA 3.50 dan ke atas) pada peperiksaan semester pertama dan menepati syarat (tertakluk kepada peraturan UiTM) akan dipertimbangkan untuk mengikuti salah satu program berikut di kampus UiTM: 
-Diploma Farmasi 
-Diploma Kejururawatan 
-Diploma Teknologi Makmal Perubatan 
-Diploma Pengimejan Perubatan 
-Diploma Kesihatan Persekitaran 
-Diploma Fisioterapi 
-Diploma Pemulihan Cara Kerja 
-Diploma Kejuruteraan Mekanikal 
-Diploma Kejuruteraan Awam 
-Diploma Kejuruteraan Elektrik 
-Diploma Kejuruteraan Kimia 
-Diploma Mikrobiologi 
-Diploma Teknologi Makanan 
-Diploma Sains Komputer 
-Diploma Sains Aktuari 
-Diploma Sains Matematik 
-Diploma Statistik 
-Diploma Senibina Lanskap 
-Diploma Ukur Bahan
  • dan lain-lain program Diploma yang ditawarkan di pelbagai Fakulti yang terdapat di UiTM (tertakluk kepada kelulusan pihak Fakulti berkenaan)