PD 003 PRA DIPLOMA PERDAGANGAN

SYARAT KEMASUKAN
Lulus SPM/SPMV atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) Kepujian termasuk :
i. Kepujian Bahasa Melayu/Malaysia
ii. Lulus Matematik/Matematik Tambahan
iii. Lulus Bahasa Inggeris DAN Sejarah
 
TEMPOH PENGAJIAN 
6 Bulan (1 Semester)

SINOPSIS
Program Pra Perdagangan merupakan progran khas bagi melayakkan pelajar Bumiputera yang tidak memenuhi syarat kemasukan masuk ke program Diploma. Dalam program ini, pelajar akan mengikuti kursus Matematik, Bahasa Inggeris, Pengenalan kepada Perniagaan, Perakaunan serta Pembangunan Insan bagi membentuk jati diri untuk tempoh pengajian selama satu semester.
Para pelajar perlu lulus kesemua kursus di dalam program ini bagi melayakkan mereka untuk menyambung pengajian Diploma UiTM yang ditawarkan di Kolej Unikop.
Program ini juga memberi peluang kedua kepada para pelajar untuk menyambung pengajian pengajian ke peringkat Diploma dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi.

student
SENARAI KURSUS (SUBJEK) 
Berikut adalah senarai kursus (subjek) yang perlu diikuti oleh pelajar untuk satu (1) semester:
-Introduction to Accounting
-Introduction to Human Development
-English for Pre Diploma
-Intensive Mathematics I
-Introduction to Business
PELUANG LANJUTAN PENGAJIAN DIPLOMA
Lulusan Pra Diploma Perdagangan (PD 003) akan ditawarkan secara automatik untuk menyambung pengajian Diploma UiTM di Kolej Unikop. Program- program yang ditawarkan ialah:
-AC 110 Diploma Perakaunan (CGPA sekurang-kurangnya 3.50 dan ke atas)
-BM 111 Diploma Pengajian Perniagaan
-BM 118 Diploma Pengurusan & Teknologi Pejabat