PERPUSTAKAAN KOLEJ

PENGENALAN

Perpustakaan dan Pusat Sumber Pembelajaran Kolej Unikop ditubuhkan pada tahun 1997 selaras dengan penubuhan kolej. Perpustakaan pada awalnya hanya mempunyai keluasan satu unit kedai sahaja. Selepas penambahbaikan dibuat, kini perpustakaan mampu kira-kira 200-250 pelajar dalam satu-satu masa.

Dalam tahun  2008, prasarana perpustakaan ditingkatkan lagi bagi memberikan keselesaan  kepada pengguna dengan menambah bilangan koleksi secara sistematik, penambahan meja belajar kendiri (karell) dan menambah bilangan majalah yang sesuai. Judul majalah terkini pada 2016 sejumlah 17 judul. Kebanyakkan bahan-bahan perpustakaan adalah member focus kepada bidang kursus yang ditawarkan. Sehingga kini perpustakaan mempunyai 9817 buah buku. Judul buku rujukan tempatan dan luar negara. Walaupun penambahbaikan telah dibuat, namun perpustakaan masih perlu diperbaiki dari semasa ke semasa mengikut keperluan untuk kesinambungan pencapaian misi dan matlamat kolej pada masa akan datang.

MISI

Perpustakaan dan Sumber Pembelajaran Kolej Unikop akan membantu komuniti Kolej Unikop secara keseluruhannya didalam menyediakan kemudahan dan perkhidmatan maklumat yang professional, terurus, berkualiti dan terkini.

MATLAMAT

  • Mengenalpasti dan menyediakan akses kepada sumber pembelajaran dan maklumat yang diperlukan bagi menampung pembelajaran, pengajaran dan aktiviti penyelidikan institusi
  • Mengurus sumber secara efisyen, efektif dan ekonomik.
  • Menyediakan suasana yang kondusif untuk komuniti Kolej Unikop
  • Membantu unit akademik dan pelajar dalam menetapkan keperluan dan kerjasama dengan pihak pengurusan bagi memenuhi keperluan komuniti.
IMG_4416-minimageedit_21_3219101700IMG_5341-min

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

PINJAMAN

Pelajar dibenarkan meminjam 3 buah buku dalam 1 kad untuk tempoh 1 minggu. Denda sebanyak RM 0.30 akan dikenakan kepada pelajar yang lewat memulangkan bahan bacaan yang dipinjam.

Manakala, bagi buku yang rosak, ganti rugi akan dikenakan kepada peminjam. Pelajar perlu bertanggungjawab keatas kehilangan bahan yang dipinjam.

Prosedur pinjaman buku (pelajar)

  1. Pelajar perlu mengisi borang keahlian dan menyediakan 2 keping gambar berukuran passport. (Bagi pelajar yang belum mendaftar sebagai ahli)
  2. Pelajar akan diberikan kad keahlian perpustakaan berwarna hijau dan perlu membawa kad tersebut jika ingin meminjam buku.
  3. Jumlah buku yang boleh dipinjam adalah sebanyak 3 buah (maksimum) dan dalam tempoh 1 minggu sahaja.
  4. Jika buku yang dipinjam, lambat dipulangkan, pelajar tersebut akan didenda sebanyak RM 0.30 sehari.
  5. Jika buku yang dipinjam hilang atau rosak, pelajar hendaklah menggantikan buku tersebut atau membayar nilai buku tersebut. Setelah pelajar membuat pembayaran denda, barulah kad pinjaman pelajar dipulangkan.

Prosedur pinjaman buku (kakitangan kolej unikop)

  1. Kakitangan perlu mengisi borang keahlian dan menyediakan 2 keping gambar berukuran passport. (Bagi kakitangan yang belum mendaftar sebagai ahli)
  2. Kakitangan tersebut akan diberikan kad keahlian perpustakaan berwarna merah jambu dan perlu membawa kad tersebut jika ingin meminjam buku.
  3. Jumlah buku yang boleh dipinjam adalah sebanyak 4 buah (maksimum) dan dalam tempoh 1 bulan.
  4. Jika buku yang dipinjam, lambat dipulangkan, kakitangan tersebut akan didenda sebanyak RM 0.30 sehari.
  5. Jika buku yang dipinjam hilang atau rosak, kakitangan hendaklah menggantikan buku tersebut atau membayar nilai buku tersebut. Setelah kakitangan tersebut membuat pembayaran denda, barulah kad pinjaman akan dipulangkan.
  6. Jika terdapat kakitangan yang akan berhenti berkhidmat di Kolej Unikop, mereka perlu mendapatkan tandatangan daripada pihak perpustakaan bagi memastikan samaada mereka sudah atau belum memulangkan buku yang dipinjam. Jika terdapat buku yang belum dipulangkan, mereka harus memulangkan sebelum tamat tarikh perkhidmatan.

KOLEKSI

Koleksi perpustakaan adalah menjurus kepada sukatan pelajaran yang ada di Kolej Unikop.

PENDIDIKAN PENGGUNA

Pada setiap awal semester, pihak perpustakaan akan memberikan taklimat kepada pelajar-pelajar baru yang mendaftar di Kolej Unikop mengenai perpustakaan, koleksi, perkhidmatan yang terdapat di perpustakaan.

FOTOSTATE

Perpustakaan mempunyai mesin fotostate untuk memudahkan pengguna perpustakaan.

PRINT DOKUMEN

RUANG BACAAN

Ruang bacaan yang selesa adalah penting bagi memastikan pelajar dapat belajar dalam suasana tenang. Perpustakaan memperuntukkan beberapa sudut untuk membantu pelajar belajar secara kendiri, membuat perbincangan dan merehatkan fikiran dengan bacaan ringan. Ruang bacaan yang selesa dengan dilengkapi sistem pengudaraan berhawa dingin sepanjang masa memberi nilai tambah kepada keselesaan pelajar untuk berkunjung ke perpustakaan.

JARINGAN INTERNET

Perpustakaan mempunyai 6 komputer meja yang dilengkapi dengan jaringan Internet untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan juga dilengkapi dengan jaringan wifi untuk memudahkan pelajar mengakses meklumat secara kendiri melalui laptop.

SUDUT MENAIP DOKUMEN

Perpustakaan turut menyediakan komputer untuk menaip bahan-bahan pengajian mereka. Penggunaan komputer ini tidak dikenakan apa-apa bayaran.

WAKTU PERKHIDMATAN

 Waktu perkhidmatan adalah seperti berikut:

Isnin – khamis

Siang   : 9.00 pagi – 5.30 petang

Malam : 8.30 malam– 10.30 malam

Jumaat Siang : 9.00 pagi – 12.30 tengah hari

            3.00 petang – 5.30 petang

Malam : 8.30 malam– 10.30 malam

Sabtu & Ahad : 10.00 pagi – 3.00 petang

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *