Pengenalan Kepada Uitm

 

Pada 26 Ogos 1999, lnstitut Teknologi MARA (ITM) telah menempa sejarah apabiia diisytiharkan sebagai Universiti oleh YAB Perdana Menteri. Dengan pengisytiharan ini, ITM dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA atau singkatannya UiTM. Menurut Perdana Menteri, perubahan taraf ini tidak akan menjejaskan dasar asal ITM sebagai pusat pengajian tinggi yang ulung dan khas untuk Bumiputera.

la akan terus mengekalkan dasar 70% kursus di peringkat Diploma, disamping peringkat ljazah Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D. Misi utama UiTM ialah untuk menjadi sebuah Universiti bertaraf dunia, disamping mempromosikan kecemerlangan akademik dalam pendidikan tinggi dan Iatihan professional seiring dengan pembangunan sosio-ekonomi Negara. Aspirasi Universiti juga adalah untuk menjadi sebuah institusi pengajian tinggi yang mampu berdaya saing dan setanding dengan universiti-universiti bertaraf dunia yang lain serta menjadi universiti yang terbaik.

Dalam usaha ke arah pencapaian status universiti bertaraf dunia ini, UiTM berpegang teguh kepada prinsip kecemerlangan iaitu setiap individu memiliki bakat dan kebolehan serta kecenderungan dan jika individu itu dipupuk dengan ilmu pengetahuan disamping Iatihan yang mencukupi, nescaya individu tersebut dapat memainkan peranan bukan sahaja untuk dirinya tetapi juga untuk bangsa dan Negara. Walau bagaimanapun UiTM tidak dapat menyediakan tempat kepada semua pelajar yang berminat dan Kolej-kolej Bersekutunya (Kolej Unikop) telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan beberapa program dari UiTM yang mendapat permintaan yang tinggi.

Sehingga hari ini, UiTM merupakan universiti yang terbesar sekali di Malaysia dengan bilangan program (kursus) dan fakulti yang terbanyak. lni memberi pilihan yang lebih kepada pelajar-pelajar untuk memilih program (kursus) pengajian yang diminati terutamanya di peringkat ijazah sarjana muda hingga ke ijazah kedoktoran.