Panduan Memilih IPTS

 

unikop_flag

Persaingan yang sengit dan tempat pengajian yang terhad di IPTA telah menyebabkab pelajar-pelajar mengambil keputusan untuk menyambung pengajian mereka di IPTS. Walau bagaimanapun peiajar-pelajar masih berpeluang untuk mendapatkan Diploma atau ljazah dari IPTA (universiti tempatan) dengan mengikuti program-program usahasama di antara IPTA dengan IPTS yang terlibat.

Sebagai contoh pelajar-pelajar boleh mendapatkan Diploma dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan mengikuti salah satu daripada Program Usahasama UiTM di Kolej-kolej Bersekutu UiTM dan seterusnya menyambung pengajian mereka di peringkat ljazah di UiTM.

Walau bagaimanapun pelajar-pelajar adalah dinasihatkan membuat pilihan yang bijak mengenai kursus yang ingin diikuti dan IPTS yang benar-benar berkualiti kerana pilihan kursus dan IPTS yang tepat akan dapat menentukan dan menjamin masa depan yang lebih baik.

Sekiranya pelajar-pelajar tidak peka dan berhati-hati di dalam pemilihan kursus dan IPTS, maka akan timbul masalah dan perkara-perkara yang tidak diingini kemudian hari. Pengalaman Ialu yang sering didedahkan di dalam akhbar-akhbar telah membuktikan bahawa beberapa perkara perlu diambil kira sebelum memilih sesuatu kursus dan IPTS.

Jika tidak pelajar-pelajar mungkin akan menghadapi masalah-masalah seperti berikut:

  • Kursus yang diikuti tidak diiktiraf oleh kerajaan.
  • Kursus tidak mendapat “Perakuan Akreditasi” dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
  • Tidak dapat menyambung pengajian di IPTA (Universiti Awam Tempatan) kerana kursus yang diikuti bukan dari Program Usahasama IPTA.
  • IPTA tidak menyediakan Bantuan Pinjaman Pelajaran ataupun Bantuan Pinjaman
  • Pelajaran yang diperolehi tidak mencukupi.
  • IPTS tidak menyediakan kemudahan asas dan pembelajaran yang Iengkap.
  • IPTS tidak mempunyai tenaga pengajar (pensyarah) yang berkelayakan.
  • Yuran pengajian yang tinggi.

 

Perkara-perkara Yang Harus Dipertimbangkan Sebelum Memilih IPTS:

  • Perakuan Akreditasi Penuh dari Malaysian Qualifications Agency (MQA)
  • Program Usahasama dari IPTA (Universiti Awam) sebagai pilihan utama Prestasi akademik yang baik.
  • Prestasi akademik yang baik.
  • Kemudahan – Terutamanya asrama yang terietak dalam kawasan kampus.
  • Yuran pengajian dan lain-lain perbelanjaan yang rendah.

 

Kolej Unikop memenuhi semua perkara-di atas disamping mempunyai keistimewaan-keistimewaan lain seperti infrastruktur yang lengkap, kemudahan asrama yang berdekatan dengan kawalan sepenuh masa, aktiviti-aktiviti pelajar dan kedudukan kewangan yang kukuh. Dengan pendidikan berkualiti yang dijamin dan diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pengajian Tinggi serta memenuhi standard yang telah ditetapkan, Kolej Unikop iaitu sebuah Kolej Bersekutu UiTM yang seharusnya menjadi pilihan pelajar.