Mengapa Pilih Belajar di Unikop?

 unikop_latest_03xxx

  • Yuran Pengajian yang dibiayai sepenuhnya (Bukan Pinjaman). Pelajar hanya perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM 800 sahaja untuk semester penama dan RM 550 untuk semester kedua dan seterusnya. Tiada lain-lain yuran yang dikenakan (melainkan bayaran asrama sekiranya pelajar tinggal di asrama). Pelajaryang berjaya menamatkan program peringkat Diploma akan dianugerahkan Diploma oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada Majlis Konvokesyen UiTM di Shah Alam, Selangor – Diploma yang diperolehi dari IPTA iaitu UiTM bukan dari IPTS.

 

  • Pelajar yang berjaya menamatkan program Diploma dari Program Usahasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Kolej Unikop dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh universiti tersebut boleh menyambung pengajian mereka di peringkat ijazah di daiam pelbagai bidang yang ditawarkan oleh IPTA (bukan IPTS) tempatan dan luar negeri terutamanya di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

 

  • IPTA lebih diiktiraf oleh kerajaan (JPA) dan menjimatkan perbelanjaan kerana yuran pengajian yang jauh lebih rendah dengan kemudahan yang serba lengkap. Program Usahasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang ditawarkan di Kolej Unikop telah mendapat “Perakuan Akreditasi” penuh dan pengiktirafan dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Perkhidmaian Awam (JPA) – Kerajaan Malaysia.

 

  • Kolej Unikop akan menguruskan untuk mendapat bantuan pinjaman dari MARA dan PTPTN kepada pelajar yang mengikuti program peringkat DIPLOMA. Prestasi akademik yang amat baik. Kolej Unikop adalah di antara Kolej Bersekutu UiTM yang memperolehi peratusan tertinggi untuk “Anugerah Dekan” diantara Kolej-kolej Bersekutu Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi peperiksaan yang terkini.

 

  • Kolej Unikop telah dianugerahkan Kolej Bersekutu Terbaik Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi tahun 2007 dan 2009 pada Hari Kecemerlangan Fakulti Perakaunan dan Anugerah Piala Pusingan UiTM bagi “Peratus Tertinggi Anugerah Dekan – 2009”. Pelajar Kolej Unikop juga merupakan pemenang Anugerah Pelajar Terbaik Seluruh Kolej Bersekutu UiTM Tahun 2009 pada Hari Kecemerlangan Akademik 2009 Fakulti Perakaunan.

 

  • Kolej Unikop telah mendapat pengiktiratan “5 Bintang” (Gred A) dalam Audit Kualiti Akademik UiTM bagi tahun 2005, 2006, 2007, 2008, 2009 dan 2010. Kolej Unikop menyediakan kemudahan» asrama yang terletak di dalam kawasan kampus dan dikawal oleh fellow, warden dan pengawal keselamatan dan kamera litar tertutup (CCTV). lni akan menjimatkan masa dan perbelanjaan (tidak perlu perbelanjaan pengangkutan) serta keselamatan pelajar. Seluruh kawasan Kolej Unikop termasuk asrama dilengkapi dengan kemudahan internet tanpa wayar (WIFI). I Mempunyai kemudahan asas dan prasarana yang Iengkap – makmal komputer, makmal sains, (kimia, fizik dan biologi), perpustakaan, bilik/dewan kuliah yang selesa dan berhawa dingin serta pusat kegiatan pelajar.

 

  • Kolej Unikop mempunyai pelbagai aktiviti pelajar, kelab dan persatuan seperti Majlis Perwakilan Pelajar, Kelab Bolasepak, Kelab Tae-kwan Do dan lain-lain lagi. Kolej .Unikop mempunyai beberapa buah gelanggang permainan (badminton, bola tampar, sepak takraw) dan padang permainan bolasepak milik sendiri khas untuk kegunaan pelajar-pelajar Kolej Unikop sahaja. Semua pelajar Kolej Unikop dilindungi oleh skim insuran pelajar sepanjang tempoh pengajian mereka di Kolej. Kolej juga mempunyai 2 buah klinik panel yang terletak di dalam kawasan Kolej.

 

  • Kolej Unikop terletak di Kuala Lumpur yang mempunyai kemudahan awam dan banyak tempat-tempat menarik. Antara kemudahan awam yang terdapat di Kuala Lumpur dan berhampiran dengan Kolej Unikop adalah seperti komuter, sistem aliran transit (LRT), monorail dan Rapid Bas. Antara tempat-tempat menarik yang terletak berhampiran dengan Kolej Unikop Kuala Lumpur adalah Menara Berkembar Petronas (KLCC), Menara Kuala Lumpur, Pusat Sains Negara, Central Market, Petaling Street (Chinatown), Bangunan Parlimen, Tasik Titiwangsa, Zoo Negara, Sunway Lagoon, Chow Kit Road, Mid Valley Megamall, Stadium Bukit Jalil, Muzium Negara, Putrajaya dan Cyberjaya,Dataran Merdeka, Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA, Litar Antarabangsa Sepang F1 dan lain-lain lagi.