Kolej UNIKOP

 

IMG_4620

Kolej Unikop merupakan sebuah Kolej Bersekutu Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang telah diberi kepercayaan oleh universiti tersebut untuk menawarkan program-program di peringkat Pra-Diploma, Sijil dan Diploma di dalam pelbagai bidang. Mula ditubuhkan pada tahun 1996, kampus induk Kolej Unikop yang terletak di Batu Caves, Kuala Lumpur telah mengeluarkan seramai lebih 6,000 orang graduan di dalam pelbagai peringkat dan bidang.

Kolej Unikop menawarkan program-program akademik yang dijalankan secara usahasama dengan lnstitut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu Universiti Teknologi MARA (UiTM). Semua program yang ditawarkan di Kolej Unikop telah mendapat Perakuan Akreditasi dan pengiktirafan dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan kelulusan dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. lni bermakna semua program akademik yang ditawarkan di Kolej Unikop telah mendapat pengiktirafan penuh dari semua pihak yang terlibat terutamanya oleh Jabatan Perkhidmatan Awam – JPA (Kerajaan). Sepanjang perkembangannya, Kolej Unikop telah berjaya membina satu infrastruktur pendidikan yang sejajar dengan keperluan sesebuah institusi pendidikan tinggi.

Kini, Kolej Unikop telah mendapat keupayaan dari inisiatif barisan pengurusan dan kakitangannya yang berazam dan berusaha untuk menjadikan institusi pendidikan tinggi Bumiputera yang terunggul – untuk menyingkap sempadan ilmu, menguasai teknologi terkini dan menawarkan program-program yang amat diperlukan oleh negara kita dalam usaha untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 terutamanya di dalam bidang sains dan teknologi.