Blog

Kelebihan KOLEJ BERSEKUTU UiTM

Kelebihan KOLEJ BERSEKUTU UiTM

MARI Lihat : Kelebihan KOLEJ BERSEKUTU UiTM

Assalamualaikum.
Apa tu Kolej Bersekutu UiTM ? Kolej bersekutu UiTM adalah IPTS (Institut Pengajian Tinggi Swasta ) yang menjalankan Program Usahasama dengan UiTM dimana IPTS ini menguruskan program-program UiTM dengan pemantauan sepenuhnya dari UiTM.  Silibus dan pelan pengajian juga sama, langsung tidak berubah. Ini  bermakna, pelajar yang belajar di Kolej Bersekutu UiTM juga adalah pelajar UiTM, cuma tempat belajar sahaja yang berbeza iaitu di UiTM sendiri (ada kampus cawangan negeri@ kampus bandar) atau di Kolej Bersekutu tersebut . 

Soalan peperiksaan akhir semester di Kolej Bersekutu UiTM adalah soalan yang sama dijawab oleh pelajar UiTM . Majlis konvokesyen pelajar-pelajar  Kolej Bersekutu UiTM juga adalah bersama-sama dengan pelajar UiTM (diadakan bersama dalam dewan yang sama).  
 
Kepada calon-calon yang tidak berpeluang mendapatkan tempat di UiTM, jangan berputus asa, sekiranya tidak mahu ke tingkatan 6 atau merasa membazirkan masa menunggu permohonan kedua mohon sahaja di Kolej-kolej Bersekutu UiTM antaranya Kolej Unikop Kuala Lumpur @ Batu Caves.

Berikut adalah program-program yang ditawarkan oleh Kolej Bersekutu UiTM Kolej Unikop

 
 
 
 
Kolej UNIKOP
No 16, Jalan 58/10,
Taman Koperasi Polis FASA  2
68100 Batu Caves, Selangor
Tel : 03-61867936  (Fax : 03-61867940 )

 

PD003
PD008
AS120
AC110
BM111
CS110
CS113
OM114

 

 

Pra Diploma Perdagangan
Pra Diploma Sains
Diploma Sains
Diploma Perakaunan
Diploma Pengajian Perniagaan
Diploma Sains Komputer
Diploma Sains Kuantitatif
 
 

 



Silalah layari laman UiTM di: http://www.uitmonline.edu.my/ppu

untuk melihat senarai Kolej-Kolej Bersekutu UiTM yang lain.sebarang pertanyaan juga boleh dibuat melalui

PUSAT PENDIDIKAN USAHASAMA
INSTITUT PERKEMBANGAN PENDIDIKAN (InED)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)
DW9 INTEKMA RESORT & CONVENTION CENTRE
PERSIARAN RAJA MUDA, SEKSYEN 7,
40450 SHAH ALAM,
SELANGOR.
 
TEL : 03-55225397/ 5398   FAX : 03-55225399