KAUNSELING DAN KERJAYA

kelompokPENGENALAN

Unit Kaunseling & Kerjaya merupakan salah satu perkhidmatan di bawah naungan Bahagian Hal Ehwal Pelajar.  Unit ini berperanan dalam memberikan perkhidmatan Kaunseling & Kerjaya serta melaksanakan program-program pembangunan bagi mewujudkan lulusan yang bersifat holistik serta menepati ciri-ciri model graduan Kolej UNIKOP. Unit ini akan mengendalikan program-program remedial perkembangan (development), pencegahan (prevention) & pemulihan (treatment) untuk membantu pelajar mengembangkan potensi diri sekaligus bergiat cemerlang dari sudut sahsiah serta akademik di Kolej UNIKOP.

VISI

Menyediakan perkhidmatan Kaunseling & Kerjaya berasaskan kepada prinsip-prinsip psikologi dan persekitaran yang kondusif, teraputik serta efektif  kepada pelajar Kolej UNIKOP bagi mencapai kesejahteraan secara holistik.

MISI

Menyediakan perkhidmatan menolong dan membantu pelajar dari aspek perkembangan, pencegahan, dan pemulihan bagi mempertingkatkan pengetahuan, sahsiah diri dan konsep kendiri yang positif dalam menghasilkan komuniti yang cemerlang serta berhemah berteraskan falsafah pendidikan Negara.

OBJEKTIF UNIT KAUNSELING & KERJAYA

  • Memperkembangkan perkhidmatan profesional Kaunseling & Kerjaya untuk kepentingan dan keperluan pelajar Kolej UNIKOP.
  • Mempelbagaikan program pembangunan diri dan kerjaya pelajar menerusi peningkatan dan jalinan program serta aktiviti.
  • Membantu pembangunan para pelajar melalui pelaksanaan kegiatan dan program yang menjana sumber kewangan.
  • Mewujudkan kerjasama dalam penempatan kerjaya graduan melalui jalinan perhubungan dengan majikan dan pihak industri bagi mempromosi graduan Kolej UNIKOP

APA ITU KAUNSELING?

Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasasakan  prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor professional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  • Perkhidmatan Sesi Kaunseling Individu.
  • Perkhidmatan Sesi Kaunseling Kelompok
  • Perkhidmatan Sesi Kaunseling Bimbingan
  • Perkhidmatan Konsultasi.
  • Penggunaan dan Interpretasi  Alat Ujian Psikologi.
  • Program Counselingdan Career Outreach.
  • Penyaluran Maklumat Kerjaya.
  • Program Khidmat Masyarakat.
  • Program-program Pembangunan Sahsiah Diri.

WAKTU BERURUSAN

Isnin – Khamis

9.00 pagi – 1.00 petang

2.00 petang – 5.30 petang

Jumaat

9.00 pagi – 12.30 tengah hari

2.45 petang – 5.30 petang

Segala perkongsiaan isu anda adalah menjadi kerahsiaan kaunselor.

(Private & Confidential)

Alamat

Unit Kaunseling & Kerjaya

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

No.17, Jalan 58/10 Taman Koperasi Polis  Fasa 2,

68100 Batu Caves, Kuala Lumpur

Tel : 03-6186736 (ext : 703) Fax : 03-61687940