Hal Ehwal Pelajar

 

IMG_5335-min

Bahagian Hal Ehwal Pelajar atau singkatannya HEP diwujudkan sejak penubuhan Kolej lagi iaitu pada tahun 1996. Bahagian ini diketuai oleh seorang Pengarah Hal Ehwal Pelajar dan dibantu oleh beberapa orang pegawai yang terdiri daripada pegawai sukan dan kebudayaan, kaunselor, fellow dan warden asrama.

Selain daripada menguatkuasakan peraturan tatatertib, displin dan rupa diri pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar juga berperanan mengawasi segala kegiatan yang dijalankan oleh badan-badan pelajar serta memberi perkhidmatan yang berbentuk fizikal, kewangan dan khidmat nasihat.

Pegawai-pegawai Hal Ehwal Pelajar akan memberi bimbingan dan latihan kepada pelajar dengan harapan prestasi individu dapat diperkembangkan secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani.

Misi Bahagian Hal Ehwal Pelajar ialah membentuk pelajar yang kukuh ciri-clri moral dan etikanya dengan memberi akademik yang seimbang di antara Kurlkulum dan Ko-Kurlkulum dengan warga Kolej yang mempunyai nilai kasih sayang yang utuh dan ditunjangi tanggungjawab dan budi pekeni yang luhur.

Bahagian Hal Ehwal Pelajar ini terdiri dari beberapa unit-unit yang mempunyai tugas-tugas dan tanggungjawab sendirl. Antara unit-unit tersebut ialah unit penempatan pelajar, unit pembangunan dan kegiatan pelajar, unit hal ehwal agama, unit tatatertib dan disiplin, unit kaunseling dan bimbingan, unit kebajikan dan kesihatan pelajar, unit perhubungan dan ke masyarakatan dan unit sukan dan kebudayaan.

MUAT TURUN PERATURAN HAL EHWAL PELAJAR>>