AS 120 DIPLOMA SAINS

 

SYARAT KEMASUKAN 
Lulus SPM/SPMV atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat sekurang–kurangnya LIMA (5) Kepujian termasuk :
i.   Kepujian Bahasa Melayu/Malaysia
ii.  Kepujian Matematik/Matematik Tambahan
iii. Dua (2) Kepujian dan Satu (1) Lulus dalam matapelajaran berikut : (i) Fizik (ii) Kimia (iii) Biologi
iv. DAN Kepujian Bahasa Inggeris
  • ATAU Lulus Pra Diploma (Sains) – (PD 008)

Info lanjut>>>

Download Brochure>>>


TEMPOH PENGAJIAN
2 1/2 tahun (5 Semester)

SINOPSIS
Pada semester pertama pengajian, para pelajar akan diajar dengan prinsip asas biologi, kimia, fizik dan matematik untuk memperkukuhkan asas pengetahuan dalam bidang sains. Seterusnya, kursus-kursus ini akan diperkembangkan kepada bidang-bidang berkaitan yang lebih spesifik dan mendalam lagi pada semester kedua dan ketiga.

Mulai semester keempat, pelajar-pelajar akan diberi pilihan untuk memilih laluan sains fizikal  atau sains biologikal dengan tujuan supaya pelajar-pelajar akan lebih fokus di dalam pembelajaran masing-masing di mana pelajar-pelajar yang agak lemah fizik akan memilih laluan sains biologikal dengan mempelajari kursus biologi yang lebih spesifik, membuat mini projek yang melibatkan teori dan penyelidikan khusus kepada bidang biologi dan yang berkaitan seterusnya juga mengambil kursus yang berkaitan dengan bidang kimia terutamanya yang melibatkan hands-on peralatan. Bagi pelajar yang memilih laluan sains fizikal akan didedahkan dengan kursus fizik yang lebih spesifik dan mendalam dan melakukan mini projek yang melibatkan teori dan penyelidikan fizik dan yang berkaitan. Di samping itu pelajar-pelajar ini juga akan mengambil kursus-kursus kimia yang spesifik dan hands-on peralatan sama seperti laluan biologi.

Oleh kerana program Diploma Sains ini adalah feeder kepada semua program ijazah di UiTM terutama program ijazah di Fakulti Sains Gunaan sendiri, jadi dengan pengurangan jangkamasa pengajian ini diharap dapat menarik minat lebih ramai lagi pelajar-pelajar lepasan SPM untuk memilih program ini, di samping itu  ianya juga  mempercepatkan tempoh untuk ke program ijazah.

SENARAI KURSUS (SUBJEK) MENGIKUT SEMESTER
 
SEMESTER 1
-Introduction to Cell Biology
-General Chemistry
-Mechanics I
-Pre-Calculus
-National Kesatria I
-Integrated Language Skills (Listening)
-Prinsip-prinsip Asas Islam / Manusia dan Agama

SEMESTER 2
-Metabolism and Cell Division
-Physical Chemistry
-Mechanics II and Thermal Physics
-Calculus I
-Pengucapan Awam I / Drama I
-Integrated Language Skills (Reading)
-Pemikiran dan Tamadun Islam / Islam dan Peradaban

SEMESTER 3
-Biological Systems
-Organic Chemistry I
-Electricity and Magnetism
-Foundation of Applied Mathematics
-Pengucapan Awam II / DramaII@Teater II
-Integrated Language Skills (Writing)
-Sains dan Teknologi Islam

SEMESTER 4
-Basics Analytical Chemistry
-Computers & Information Processings
-Basics Statistics & Probability
-Introduction to Human Biology*
-Introduction to Biological Diversity*
-Organic Chemistry II*
-Optics & Waves**
-Modern Physics**
-Electronics**

*Laluan Biologikal sahaja
*Laluan Fizikal sahaja

SEMESTER 5
-Basic Instrumental Analysis
-Inorganic Chemistry
-Basic Entrepreneurship
-Biological Techniques & Skills*
-Introduction to Ecology*
-Material Sciences**
-Physics Laboratory (Instrumentation & Application)**

*Laluan Biologikal sahaja
**Laluan Fizikal sahaja
PENGANUGERAHAN
Pelajar-pelajar yang berjaya menamatkan program ini akan dianugerahkan Diploma Sains oleh Universiti Teknologi MARA pada Majlis Konvokesyen UiTM yang diadakan pada setiap tahun di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor.

unikoptour11


PROSPEK KERJAYA
Selepas tamat Diploma Sains ini pelajar boleh menceburi bidang kerjaya seperti Penolong Pegawai Penyelidik, Penolong Pegawai Sains, Penolong Pegawai Kawalan Mutu, Penolong Pengurus Makmal, Juruteknik Makmal Perubatan serta pelbagai kerjaya berkaitan bidang sains atau bidang-bidang lain. Apabila terdapat sesebuah industri itu berkembang, akan ada peningkatan permintaan bagi pekerja yang mempunyai kemahiran saintifik dan praktikal bagi memenuhi keperluan sesuatu industri tersebut.

PELUANG LANJUTAN PENGAJIAN IJAZAH
Lulusan Diploma Sains (AS 120) berpeluang menyambung pengajian program Sarjana Muda di pelbagai fakulti di UiTM, mana-mana Universiti Awam (UA)/IPTS serta universiti luar negara dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Universiti tersebut. Antara program-program yang ditawarkan di UiTM adalah:
-Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS)
-Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian
-Ijazah Sarjana Muda Farmasi (Kepujian)
-Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian)
-Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Biologi
-Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kimia
-Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Fizik
-Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian)
-Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Kepujian)

* dan lain-lain Program Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan di UiTM (tertakluk kepada kelulusan fakulti)

http://online.uitm.edu.my/degree.cfm