Diploma Sains Komputer

Nama program :   CS 110 – DIPLOMA SAINS KOMPUTER

Syarat Kemasukan : Lulus SPM/SPMV atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
Malaysia dengan mendapat sekurang – kurangnya LIMA (5) Kepujian termasuk :

i.    Kepujian Bahasa Melayu / Malaysia
ii.   Kepujian Matematik / Matematik Tambahan
iii.  Serta Lulus salah satu (1) daripada matapelajaran berikut :
Fizik / Kimia / Biologi / Sains Tambahan
iv.  Kepujian Bahasa Inggeris Dan Lulus Sejarah.

Penganugerahan:

Pelajar-pelajar yang berjaya menamatkan program ini akan dianugerahkan Diploma Sains Komputer oleh Universiti Teknologi MARA pada Majlis Konvokesyen UiTM yang diadakan pada setiap tahun di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor.

Peluang pekerjaan:

Layak untuk bekerja sebagai programmers, jurutera sistem, jurutera perisian atau eksekutif dalam bidang yang berkaitan di sektor awam, badan-badan berkanun, institusikewangan dan sektor swasta.

Peluang melanjutkan pengajian:

Calon yang tamat program ini boleh memohon mengikuti mana-mana program Sarjana Muda di mana-mana fakulti dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Universiti.

Sila Rujuk http://online.uitm.edu.my/degree.cfm  untuk maklumat lanjut.