AC 110 DIPLOMA PERAKAUNAN

SYARAT KEMASUKAN
Lulus SPM/SPMV atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat sekurang – kurangnya LIMA (5) Kepujian termasuk :

i.   Kepujian Bahasa Melayu/Malaysia
 ii.  Kepujian Matematik/Matematik Tambahan (sekurang–kurangnya 5C atau C+)
 iii. Kepujian Bahasa Inggeris (sekurang–kurangnya 4B atau B)
  • ATAU Lulus Pra Diploma Perdagangan – (PD 003) dengan CGPA >3.50 Serta Kepujian Matematik dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM

Info lanjut>>>

Download Brochure>>>


TEMPOH PENGAJIAN 
2 1/2 tahun (5 Semester)

SINOPSIS
Diploma Perakaunan UiTM (AC 110) adalah program dua tahun setengah yang menyediakan pelajar dengan pengalaman pembelajaran yang menarik dan merangsang. Program ini mengambil pendekatan pelbagai disiplin untuk perakaunan dengan mengintegrasikan teknologi maklumat, matematik dan statistik, ekonomi, undang-undang dan perakaunan Islam ke dalam kurikulumnya. Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk memasuki profesion perakaunan atau untuk melanjutkan ijazah lanjutan dalam bidang perakaunan dan perniagaan atau kelayakan profesional. Dalam program ini, pelajar didedahkan dengan penyelesaian dan keputusan yang melampaui nombor untuk memastikan bahawa pelajar dapat menghadapi persekitaran perniagaan yang dinamik dan memenuhi keperluan industri perakaunan.

SENARAI KURSUS (SUBJEK) MENGIKUT SEMESTER

SEMESTER 1
-Financial Accounting I
-Microeconomics
-Introduction to Business
-Business Mathematics
-Integrated Language Skills (Listening)
-National Kesatria I
-Prinsip-prinsip Asas Islam / Manusia dan Agama

SEMESTER 2
-Financial Accounting 2
-Fundamental Cost Accounting
-Fundamentals of Management
-Introduction to Statistics
-Integrated Language Skills (Reading)
-Pengucapan Awam I / Drama I
-Pemikiran dan Tamadun Islam / Islam dan Peradaban

SEMESTER 3
-Financial Accounting 3
-Cost and Management Accounting 1
-Fundamental of Islamic Accounting
-Computerised Accounting
-Introduction to Commercial Law
-Integrated Language Skills (Writing)
-Pengucapan Awam II / DramaII@Teater II

SEMESTER 4
-Financial Accounting 4
-Cost and Management Accounting 
-Fundamental Financial Management
-Taxation 1
-Macroeconomics
-Introduction to Partnership and Company Law 

SEMESTER 5
-Financial Accounting 5
-Financial Statement Analysis
-Auditing
-Taxation 2
-Fundamentals of Marketing
-Fundamentals of Entreprenurship

PENGANUGERAHAN
Pelajar-pelajar yang berjaya menamatkan program ini akan dianugerahkan Diploma Perakaunan oleh Universiti Teknologi MARA pada Majlis Konvokesyen UiTM yang diadakan pada setiap tahun di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor.

PROSPEK KERJAYA
Lulusan Diploma Perakaunan UiTM adalah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia sebagai kelayakan sub-profesional. Graduan perakaunan boleh memohon jawatan seperti juruaudit, akauntan kos, bendahari, akauntan cukai, setiausaha syarikat, setiausaha industri atau peribadi, kerani akaun, penolong akaun serta jururunding. Graduan juga layak untuk bekerja sebagai eksekutif di sektor awam, badan-badan berkanun, institusi kewangan dan sektor swasta.

PELUANG LANJUTAN PENGAJIAN IJAZAH
Lulusan Diploma Perakaunan (AC 110) berpeluang menyambung pengajian sama ada di Universiti Awam (UA)/IPTS di dalam serta di luar negara. Program-program yang ditawarkan di UiTM untuk lulusan Diploma Perakaunan (AC 110) antaranya adalah:
-Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian)
-Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Korporat (Kepujian)
-Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan Islam) (Kepujian)
-Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian)

* dan lain-lain Program Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan di UiTM (tertakluk kepada kelulusan fakulti)

http://online.uitm.edu.my/degree.cfm

IMG_5437