BM 118 DIPLOMA PENGURUSAN & TEKNOLOGI PEJABAT

SYARAT KEMASUKAN
Lulus SPM/SPMV atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat sekurang – kurangnya LIMA (5) Kepujian termasuk :
 i.    Kepujian Bahasa Melayu/Malaysia
 ii.   Kepujian Bahasa Inggeris
 iii.  DAN Kepujian Tiga Mata Pelajaran Lain
 iv.   DAN Lulus Matematik/Matematik Tambahan
  • ATAU Lulus Pra Diploma Perdagangan – (PD 003)
  • ATAU Lulus Pra Diploma (Sains) – (PD 008)

Info lanjut>>>

Download Brochure>>>


TEMPOH PENGAJIAN
2 1/2 tahun (5 Semester)

SINOPSIS
Program Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat (BM 118) yang ditawarkan oleh Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM, memberi tumpuan kepada pentadbiran pejabat di mana-mana organisasi, dengan penekanan kepada prosedur pejabat, pengurusan pejabat, automasi pejabat, kecekapan pejabat, komunikasi, pembangunan personaliti, dan penekanan pada bahasa kedua dan juga bahasa ketiga.
Siswazah yang mendaftar dalam program ini akan mempunyai pengalaman pembelajaran yang hebat kerana mereka akan dilatih dan dibimbing dalam suasana yang mesra. Program ini telah diiktiraf oleh pelbagai industri sejak ia mula ditawarkan, dan ini mencerminkan kepentingan pentadbiran dan pengurusan pejabat dalam semua jenis organisasi. Ia adalah program 2 1/2 tahun dengan aktiviti pembelajaran merangkumi kuliah, penyelesaian masalah sebenar, seminar, latihan dan pengalaman hands-on.

IMG_5437
SENARAI KURSUS (SUBJEK) MENGIKUT SEMESTER

SEMESTER 1
-Document Processing I
-Personality Development
-Office Administration I
-Mathematics with Business Application
-Integrated Language Skills (Listening)
-Prinsip-prinsip Asas Islam / Manusia dan Agama
-National Kesatria I

SEMESTER 2
-Document Processing II
-Office Administration II
-Interpersonal Communication for Office Professionals
-Integrated Language Skills (Reading)
-Bahasa Melayu Pengurusan Pejabat
-Pemikiran dan Tamadun Islam / Islam dan Peradaban
-Pengucapan Awam I / Drama I

SEMESTER 3
-Public Speaking
-Principles of Economics
-Records Management for Office Professionals
-Executive Note-Taking
-Integrated Language Skills (Writing)
-Arabic I
-Islam dan Pengurusan / Kemasyarakatan dan Kenegaraan
-Pengucapan Awam II / DramaII@Teater II

SEMESTER 4
-Behavior in Organizations
-Office Software Applications
-Computer and Data Processing
-English for Workplace Communications
-Arabic II
-Fundamentals of Entrepreneurship

SEMESTER 5
-Administrative Office Management
-Introduction to Financing Accounting
-Organizing Events
-Office Simulation
-Principles of Corporate Compliance
-Information and Research Skills

PENGANUGERAHAN
Para pelajar yang berjaya menamatkan program ini akan dianugerahkan Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat oleh Universiti Teknologi MARA pada Majlis Konvokesyen UiTM yang diadakan pada setiap tahun di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.

PROSPEK KERJAYA
Pelajar yang telah menamatkan pengajian program ini akan mempunyai peluang kerjaya yang cerah dalam mana-mana organisasi awam atau swasta dengan peluang yang sangat baik untuk kemajuan kerjaya. Graduan yang berjaya memperoleh Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat akan mempunyai pilihan jawatan seperti Pegawai Eksekutif, Pembantu Khas dan Setiausaha Eksekutif.
PELUANG LANJUTAN PENGAJIAN IJAZAH
Lulusan Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat (BM 118) berpeluang menyambung pengajian program Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan UiTM di fakulti berkaitan atau Universiti Awam (UA) atau IPTS di dalam atau di luar negara. Antara program-program yang ditawarkan di UiTM antaranya seperti:
-Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat (Kepujian)
-Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perkhidmatan Pelanggan (Kepujian)
-Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Kesihatan (Kepujian)
-Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Majlis (Kepujian)
-Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian)

* dan lain-lain Program Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan di UiTM (tertakluk kepada kelulusan fakulti)

http://online.uitm.edu.my/degree.cfm