BM 111 DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN

 

SYARAT KEMASUKAN
Lulus SPM/SPMV atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat sekurang – kurangnya LIMA (5) Kepujian termasuk :
  i.   Kepujian Bahasa Melayu / Malaysia
  ii.  Kepujian Matematik / Matematik Tambahan
  iii. Kepujian Bahasa Inggeris
  iv. Kepujian Dua Mata Pelajaran Lain
  • ATAU Lulus Pra Diploma Perdagangan – (PD 003)

Info lanjut>>>

Download Brochure>>>


TEMPOH PENGAJIAN
2 1/2 tahun (5 Semester)

SINOPSIS
Bidang perniagaan hari ini adalah rumit, dan ia memerlukan minda yang dilatih dalam asas-asas yang luas dalam perniagaan. Program ini, yang ditawarkan oleh Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM, bermula pada bulan Julai 1963. Ia kekal sebagai salah satu program yang sangat mendapat permintaan tinggi dikalangan pelajar yang mengikuti program diploma. Program Diploma Pengajian Perniagaan menyediakan latar belakang yang baik berkaitan fakta dan pengetahuan perniagaan dan menyediakan pelajar untuk pelbagai program Ijazah Sarjana Muda khusus dalam bidang perniagaan. Program 2 tahun 6 bulan ini termasuk kajian perakaunan, ekonomi, pemasaran, pengurusan, matematik dan statistik, bahasa dan komunikasi, teknologi maklumat dan asas undang-undang. Julat kursus perniagaan yang luas ini menyediakan pelajar dengan asas yang kukuh dalam menghadapi pelbagai aspek cabaran perniagaan.

IMG_5280-min

SENARAI KURSUS (SUBJEK) MENGIKUT SEMESTER

SEMESTER 1
-Introduction to Financial Accounting & Reporting
-Fundamentals of Management
-Business Mathematics
-Integrated Language Skills (Listening)
-Bahasa Arab I
-Prinsip-prinsip Asas Islam / Manusia dan Agama
-National Kesatria I

SEMESTER 2
-Business Communication
-Microeconomics
-Fundamentals of Marketing 
-Introduction to Cost Accounting
-Integrated Language Skills (Reading)
-Bahasa Arab II
-Pemikiran dan Tamadun Islam / Islam dan Peradaban
-Pengucapan Awam I / Drama I

SEMESTER 3 
-Macroeconomics 
-Creative and Critical Thinking 
-Information Technology in Business 
-Introduction to Statistics 
-Integrated Language Skills (Writing) 
-Asas Ekonomi Islam / Kemasyarakatan Islam 
-Pengucapan Awam II / Drama II@Teater II 

SEMESTER 4 
-Fundamentals of Finance 
-Operations Management 
-Organizational Behavior 
-Fundamentals of Transport 
-Principles of Public Relations 
-Business Law 

SEMESTER 5 
-Human Resources Management 
-Malaysian Economics 
-Investment Management 
-Introduction to International Business 
-Risk and Insurance 
-Fundamentals of Entrepreneurship

PENGANUGERAHAN
Pelajar-pelajar yang berjaya menamatkan program ini akan dianugerahkan Diploma Pengajian Perniagaan oleh Universiti Teknologi MARA pada Majlis Konvokesyen UiTM yang diadakan pada setiap tahun di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor.

PROSPEK KERJAYA 
Dengan permintaan yang berterusan, pelajar boleh menceburkan diri di dalam bidang kewangan, perbankan, pemasaran, peruncitan, komunikasi pemasaran dan pengurusan modal insan. Pelajar mempunyai kelebihan sekiranya terlibat di dalam skop pembangunan perniagaan, perusahaan korporat, pelaburan korporat, kewangan, penyelidikan pemasaran, pengiklanan, pengurusan pengangkutan dan pembangunan organisasi

PELUANG LANJUTAN PENGAJIAN IJAZAH
Lulusan Diploma Pengajian Perniagaan (BM 111) berpeluang menyambung pengajian program Ijazah Sarjana Muda di mana-mana fakulti UiTM atau universiti awam (UA)/IPTS  di Malaysia atau luar negara. Program- program yang ditawarkan di UiTM antaranya seperti berikut:
-Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Keusahawanan
-Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Pelaburan
-Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Ekonomi Perniagaan
-Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Perbankan Islam
-Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengangkutan
-Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pemasaran
-Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Sumber Manusia
* dan lain-lain Program Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan di UiTM (tertakluk kepada kelulusan fakulti)

http://online.uitm.edu.my/degree.cfm