PI 100 Diploma in Policing and Investigation

SYARAT KEMASUKAN
Lulus SPM atau O-levels atau kelulusan yang setaraf dengannya dengan memperolehi sekurang-kurangnya TIGA (3) kepujian.

TEMPOH PENGAJIAN
2 tahun 3 bulan (7 semester)
Download Brochure>>>
 SINOPSIS Program ini akan memberi tumpuan kepada pemahaman pelajar kepada aspek perlembagaan undang-undang, polisi dan sistem serta prosedur pencegahan jenayah. Walaupun undang - undang sedia ada tumbuh seiring dengan peredaran masa, perlembagaan masih kekal sebagai dokumen dan panduan kepada semua undang - undang lain yang diluluskan oleh Parlimen. Undang - undang atau perlembagaan tidak boleh dipisahkan dari konteks sejarah, ekonomi, sosiologi dan politik sesebuah negara. Selain daripada itu, program ini juga menerangkan mengenai proses pembuatan undang-undang, 3 peringkat kerajaan, hubungan antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan dan aspek-aspek lain yang penting dalam perlembagaan. Ia adalah berkenaan dengan isu-isu asas individu, komuniti dan negara kerana ia berkaitan dengan hak, obligasi dan keadilan. 

KELEBIHAN PROGRAM
i. Diakreditasikan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)– MQA/PA 4818 (N/861/4/0010)
ii. Penggunaan dwi-bahasa dalam penyampaian kuliah.
iii. Penilaian berterusan.
iv. Dikendalikan oleh pensyarah yang bertauliah, pakar dan berpengalaman dalam industri keselamatan.

KAEDAH PEMBELAJARAN
i. Pengajaran dan Pembelajaran secara konvensional (kuliah/tutorial) di Kolej UNIKOP.
ii. Pelajar akan dibawa ke “Crime House” dan Makmal Forensik untuk simulasi siasatan.
iii. Pelajar akan dibawa ke mahkamah untuk mengikuti sesi perbicaraan kes.
iv. Pelajar dikehendaki menjalani Internship atau Praktikum di persekitaran kerja yang berkaitan dengan objektif program.

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM
Setelah tamat program ini, pelajar diharap mampu untuk:
1.Memahami sejarah dan latarbelakang kepolisan dan penyiasatan, memahami teori penyiasatan, teknik termasuk prinsip dan kerangka dasar penyiasatan jenayah.
2.Mengurus dan memimpin serta menggunakan kemahiran dan teknik penyiasatan untuk membentuk pasukan yang berkesan.
3.Mempamer segala pengetahuan dan kemahiran untuk pasukan polis atau agensi-agensi penguatkuasaan dan penyiasatan.
4.Memahami konsep asas dan pendekatan teori yang telah dibangunkan berkaitan penyiasatan jenayah dan masa bertindak serta mengawal komuniti dan masyarakat.
5.Memahami kepelbagaian sosial, budaya dan politik dalam konteks menguruskan organisasi polis, organisasi kerajaan atau swasta atau mana - mana industri berkaitan dalam sistem keadilan jenayah.
6.Memahami keperluan untuk sokongan individu, komuniti, organisasi dan masyarakat serta mendapat kerjasama dan penglibatan untuk mengekalkan keselamatan dan kesejahteraan.
7.Mampu memenuhi tuntutan dan keperluan masyarakat di abad ke 21 ini dengan berkeupayaan menguruskan isu-isu semasa kepolisan.


SENARAI MODUL (SUBJEK) MENGIKUT SEMESTER

SEMESTER 1
-Introduction to Policing
-Introduction to Constitution
-Criminal Justice System
-Pengajian Malaysia II
-Principles of Management

SEMESTER 2
-Introduction to Criminal Law
-Criminal Procedure Code
-Investigation Techniques
-Introduction to Criminology
-Bahasa Kebangsaan A / Perbandingan Etika & Moral

SEMESTER 3
-Deviant Behaviour
-Communication English

SEMESTER 4
-Creative Thinking and Innovation
-Fundamentals of Entrepreneurship / Khidmat Masyarakat
-Social Psychology
-Crisis and Disaster Management
-Crime Scene Investigation
SEMESTER 5
-Ethics in Policing
-Effective Public Relations
-Information and Communication Technology
-Crime Prevention: Theory and Practice
-Contemporary Policing Issues

SEMESTER 6
-Internship / Praktikum

SEMESTER 7
-Occupational Safety and Health
-Law and Court Procedure
-Introduction to Financial Management
-Introduction to Forensics Investigation
-Security Management

PROSPEK KERJAYA
Pekerjaan didalam bidang industri keselamatan khususnya organisasi yang mempunyai fungsi penguatkuasaan dan penyiasatan seperti:

Sektor Awam-PDRM, SPRM, JPJ, Jabatan Agama, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Bomba, Jabatan Kastam, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan lain-lain agensi kerajaan.
(Graduan perlu membuat permohonan sendiri dan tertakluk kepada syarat fizikal dan syarat-syarat khusus lain yang ditetapkan oleh agensi berkaitan).

Sektor Swasta-Syarikat Keselamatan, Hotel dan Pusat Peranginan, Syarikat-Syarikat Multinasional, industri perbankan atau agensi kewangan dan syarikat-syarikat lain yang mempunyai fungsi penguatkuasaan dan penyiasatan.

PELUANG LANJUTAN PENGAJIAN IJAZAH
Pelajar yang berjaya menamatkan program Diploma ini boleh memohon untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di mana-mana IPT mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh institusi pengajian tersebut.