Blog

Az-Zumar Ayat 9

Az-Zumar Ayat 9

Pengajaran Dari Al-Quran : Az-Zumar Ayat 9

Terdapat perbezaan antara orang yang berilmu dengan tidak berilmu. Menuntut ilmu merupakan satu kewajipan dalam Islam malahan amat digalakkan walaupun terpaksa sampai ke Eropah/Jepun. Nabi Muhammad s.a.w ada bersabda “Tuntutlah ilmu mulai dari buaian(kanak-kanak) sampai ke liang lahad(kubur) . Menuntut ilmu terbahagi kepada 2 jenis iaitu1. Menuntut ilmu disekolah/institusi/pusat latihan dengan adanya perantaraan guru . Contohnya sekolah rendah/menengah/Pusat Latihan Kemahiran/ Kolej/Universiti yang akhirnya dapat mendidik seseorang untuk kenal huruf, tahu membaca,menulis, mengira serta mahir dalam sesuatu bidang menjadi mekanik,jurujahit, jurutera,doktor, peguam , usahawan/perniagaan, pakar komputer dll

2. Menuntut ilmu dengan sendiri dengan perantaraan buku,surat khabar,majalah, TV/radio internet,pergaulan,ceramah/tazkirah yang didengar dan pengalaman dll(penggunaan media dan teknologi) Contohnya ilmu menjadi anak/pelajar yang baik , ilmu keibubapaan, memasak, macam mana nak kaya, macam mana nak buat blog dll

Orang yang tidak mahu belajar dengan sendirinya akan tertinggal dibelakang dan tidak dapat menempuh masyarakat baru, kerana dunia sentiasa berputar dan berubah-ubah mengikut peredaran masa dan zaman. Ternyata orang yang berilmu ialah orang yang inginkan kemajuan dalam hidup.