Aktiviti Pelajar

 

IMG_5845

Kolej Unikop amat menggalakkan pelajar pelajarnya menyertai aktiviti aktiviti pelajar yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti aktiviti kemasyarakatan, rekreasi, sukan dan penglibatan di dalam persatuan dan kelab.

Antaranya ialah:

  • Majlis Penivakilan Pelajar
  • Persatuan Pelajar UiTM
  • Kelab Badminton
  • Kelab Bola Sepak
  • Kelab Bola Tampar
  • Kelab Kesenian dan Kebudayaan
  • Kelab Borneo
  • Kelab Tae-Kwan-Do

 

Aktiviti-aktlviti Sukan dan Kebudayaan

culturesports

 

 

 

 

 

Antara sukan-sukan yang aktif di Kolej Unikop ialah Bola Sepak, Tae-Kwan-Do, Bola Tampar, Bola Jaring dan Ping-pong. Kolej Unikop juga mempunyai Unit Kebudayaan yang menjalankan aktiviti-aktiviti kebudayaan.

Kaunseling dan Bimbingan

counselingcounseling2

Dalam interaksi kaunseling, pelajar dibantu meneroka dan menyatakan perasaan mereka, mengimbas tingkah-laku, memperolehi kefahaman diri serta mencari dan memilih jalan yang membawa kepada perubahan diri yang positif.Aktiviti-aktiviti kaunseling yang dibuat oleh pegawai kaunseling bertujuan untuk pelajar-pelajar belajar membuat keputusan, meningkatkan kemahiran diri, membina keyakinan, mengatasi halangan-halangan kepada keberkesanan diri dan memperolehi kesedaran diri dan keperluan orang lain.

Kaunseling dijalankan dalam suasana yang selesa, selamat dan berterus-terang. Semua yang dibincangkan dengan kaunselor adalah sulit. Jenis-jenis kaunseling yang disediakan oleh Unit Kaunseling dan Bimbingan ialah kaunseling kendiri-sosial, kaunseling akademik, kaunseling kerjaya, pustaka kerjaya, bengkel penerokaan kerjaya dan bengkel kemahiran akademik.

Kesihatan Pelajar

Kolej Unikop mempunyai 2 buah Klinik Panel yang terletak di dalam kawasan kampus untuk rujukan pelajar-pelajar sekiranya menghadapi masalah kesihatan. Semua pelajar Kolej Unikop dilindungi oleh skim insuran pelajar sepanjang tempoh pengajian mereka di Kolej.

Penempatan Pejajar/ Asrama

Kolej Unikop Kuala Lumpur mempunyai 1200 tempat yang lengkap untuk penempatan pelajar. Jarak asrama dari bilik kuliah hanyalah kira-kira 40 meter sahaja. Kesemua blok asrama ini terletak di dalam kawasan Kolej dan dipagar serta dikawal sepenuh masa oleh fellow, warden dan pengawal keselamatan. Seluruh kawasan Kolej dan asrama dilengkapi dengan kemudahan internet tanpa wayar (WlFl-hanya kos pentadbiran – RM20/semester) dan kamera litartertutup (CCTV). Kemudahan asrama yang terletak di dalam kawasan kampus dan dikawal ini membolehkan pelajar-pelajar Kolej Unikop belajar dengan selesa dan menjamin keselamatan diri dan kualiti pembelajaran mereka. Pelajar juga dapat menjimatkan masa dan tidak memerlukan perbelanjaan pengangkutan.