PENDAFTARAN ONLINE UNTUK SESI MEI/JUN 2015 DIBUKA SEKARANG

  • unikop=building1024
    Kolej Unikop merupakan sebuah Kolej Bersekutu Universiti Teknologi MARA  (UiTM) yang telah diberi kepercayaan oleh universiti tersebut untuk menawarkan  program-program di peringkat Pra-Diploma, Sijil dan Diploma di dalam pelbagai bidang.  Mula ditubuhkan pada tahun 1996, kampus induk Kolej Unikop yang terletak di  Batu Caves, Kuala Lumpur telah mengeluarkan seramai lebih 6,000 orang graduan di  dalam pelbagai peringkat dan bidang.Kolej Unikop menawarkan program-program akademik yang dijalankan secara  usahasama dengan lnstitut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu Universiti Teknologi  MARA (UiTM).  Semua program yang ditawarkan di Kolej Unikop telah mendapat Perakuan  Akreditasi dan pengiktirafan dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan kelulusan dari  Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.  lni bermakna semua program akademik yang ditawarkan di Kolej Unikop telah  mendapat pengiktirafan penuh dari semua pihak yang terlibat terutamanya oleh Jabatan  Perkhidmatan Awam – JPA (Kerajaan).
  •  course-box2-2

    Senarai Kursus

    UiTM merupakan Universiti yang bertaraf dunia.Program UiTM diiktiraf oleh Kerajaan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk bekerja didalam sektor awam dan swasta. Pelajar yang berjaya menamatkan program peringkat Diploma dan menepati syarat boleh menyambung pengajian di peringkat ljazah Sarjana Muda hingga ljazah Kedoktoran di UiTM. Kualiti akademik dan pengurusan yang terjamin. UiTM merupakan university pertama di dunia menerima Sijil Pengiktirafan ISO 9001:2000 di dalam semua aspek pengajaran, pembelajaran, pengurusan korporat dan khidmat sokongan dari badan persijilan antarabangsa (LRQA) yang berpengkalan di London. Ini bermakna graduan UiTM boleh diterima bekerja di syarikat-syarikat ternama di seluruh dunia.

     

  • Sejarah Kolej Unikop

    Program Usahasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Kolej Unikop bermula pada tahun 1998 sewaktu ia dikenali sebagai institut Teknologi MARA (ITM) lagi. Oleh kerana tempat pengajian yang amat terhad, Universiti teknologi MARA (UiTM)telah memberi kebenaran kepada Kolej-Kolej Bersekutunya (Kolej Unikop) untukmenawarkan program-program peringkat Pra-Diploma, Sijil dan Diploma dari Universiti tersebut.
    Program Usahamasa Universiti Teknologi MARA yang ditawarkan di Kolej Unikop ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang layak tetapi tidak mendapat tempat di Universiti tersebut.
    Contact Admissions

  • Uni Piala

  • Testimonial
    Mohd Ismadi Azhar, Diploma Pengurusan Perniagaan Unikop 2007 - Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan - UiTM Arau Perlis

    Sangat gembira memilih jurusan Diploma Pentadbiran Perniagaan sewaktu belajar di Unikop dahulu. Unikop teah memberi peluang kepada saya untuk meneruskan pengajian hingga ke peringkat Sarjana Muda di UiTM. Seiring dengan Matlamat berkhidmat didalam pasukan Polis Di Raja Malaysia.

  • Testimonial
    Noor Hafifi Noor Hisham, Master Didalam jurusan Pemulihan Rawatan(fisioterapi) - UiTM Puncak Alam - 2007

    Saya baru menamatkan peringkat Master di bidang pengajian Pemulihan Rawatan(fisioterapi) di UiTM. Seawal langkah pertama saya ialah dengan memilih Unikop sebagai IPTS pilihan hati. Program Diploma Sains yang tawarkan oleh Kolej Unikop telah memberikan ruang dan batu loncatan untuk saya meneruskan pengajian di bidang sains(fisioterapi) untuk ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

  • Testimonial
    Shasha Nurshafika Bt Hamsah, Diploma Pengajian Perniagaan

    Kini melanjutkan Master di Bristol University, United Kingdom

  • Testimonial
    Nur Syhaaiema Marzuki, Program di UiTM Sarjana Muda - Puncak Alam

    Sehingga kini setelah saya menamatkan diploma di Unikop saya telah menyambungkan pelajaran ke peringkat sarjana muda di UiTM.. Baru sekarang hati saya lega.  Terima-kasih Unikop

Fakta Unikop

Lawati Kampus Unikop

Dengan pendidikan berkualiti yang dijamin dan diktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia MQA dan Kementerian Pengajian Tinggi serta memenuhi standard yang ditetapkan, Kolej Unikop iaitu sebuah Kolej Bersekutu UiTM yang seharusnya menjadi pilihan pelajar,Sila hubungi kami untuk membuat temujanji lawatan ke kampus kami..

BLOG UNIKOP

Artikel: Aktiviti Pelajar & Berita Kolej.

Visi & Misi

Menjadi sebuah institusi pendidikan tinggi yang terunggul dengan menyediakan pendidikan bersepadu dan bermutu melalui integrasi kos pengajian, kualiti pendidikan dan kepentingan pelanggan.

Merialisasikan tanggungjawab Koperasi Polis Diraja Malaysia dengan memperluas dan memperkemaskan kualiti pendidikan dengan tidak mengutamakan kecenderungan kepada keuntungan, malah membantu ahli koperasi polis dan orang ramai untuk mendapatkan pendidikan berkualiti yang mampu bersaing dalam apa jua suasana.